Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Warga MTIC bertahlil di kubah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya, hari ini, telahpun mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil serta Doa Arwah khusus untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Hadir pada majlis kelolaan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Tingkat I, Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas, Awang Abdul Razak bin Samat.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua eksekutif dan jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan MTIC, jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ketika menghadiri majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...