Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Warga Palestin dibunuh tentera Israel

    NABLUS, WILAYAH PALESTIN, 6 JAN – Seorang warga Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat yang ditakluki hari ini, kata sumber perubatan dan keselamatan Palestin.

    Bakir Hashash, 21, dari kem pelarian Balata, ditembak di kepala selepas tentera Israel memasuki kawasan timur bandar Nablus di utara untuk membuat penahanan, kata sumber.

    Tentera Israel berkata anggotanya telah menembak seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah tentera semasa operasi menangkap suspek dikehendaki di Nablus.

    “Seorang mangsa telah dikenal pasti,” kata tentera, sambil menambah bahawa tiada kemalangan jiwa dalam kalangan tenteranya.

    Pertempuran kerap berlaku di pusat penduduk Palestin di Tebing Barat apabila tentera Israel melancarkan pencerobohan untuk melakukan penangkapan.

    Israel telah menduduki wilayah itu sejak peperangan enam hari 1967. Tidak termasuk Baitulmaqdis timur, kira-kira 475,000 penduduk Israel tinggal di penempatan di tebing barat yang dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa, bersama lebih daripada 2.8 juta rakyat Palestin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...