Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

Warga Palestin maut ditembak tentera Israel

JERUSALEM, 2 NOV – Tentera Israel hari ini membunuh seorang warga Palestin selepas dia mencederakan seorang askar dengan rempuhan van, kata pihak berkuasa, ketika undian dikira dalam pilihan raya umum Israel.

Tentera berkata lelaki itu ‘ditem-bak mati’ dalam kejadian tembakan di pusat pemeriksaan Maccabim, berhampiran bandar Modiin.

Kementerian Kesihatan Palestin kemudian mengesahkan dia telah dibunuh.

“Penyerang keluar daripada kenderaannya dengan kapak untuk menyerang pegawai tersebut, yang melepaskan tembakan ke arah penyerang dan membunuhnya,” kata tentera. “Pegawai itu cedera parah dan dibawa ke hospital.”

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti lelaki yang maut itu dikenali sebagai Habas Rayan, 54.

Serangan itu berlaku berikutan keputusan awal daripada pilihan raya umum kelmarin di Israel memberi petunjuk sempit kepada veteran sayap kanan Benjamin Netanyahu sebagai ketua pakatan dengan parti agama dan paling kanan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -