Tuesday, January 21, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Pejabat Buruh Tutong beraya

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan di majlis-majlis rumah dan juga pejabat-pejabat terbuka bagi warga kementerian dan juga syarikat-syarikat swasta yang lainnya.

    Dalam pada itu, Pejabat Buruh Cawangan Daerah Tutong kelmarin turut mengadakan majlis pejabat terbuka di pejabatnya.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Muhammad Saufi bin Haji Ibrahim.

    Majlis seumpama ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Buruh di samping menyemarakkan lagi Sambutan Hari Raya di negara ini.

    Awang Muhammad Saufi bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Buruh Cawangan Daerah Tutong dalam majlis pejabat terbuka baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda