Warga Perancis ditahan miliki dadah, senjata

DENPASAR, INDONESIA, 23 DIS – Seorang lelaki Perancis telah ditangkap di pulau peranginan Indonesia, Bali kerana dipercayai memiliki dadah dan senjata, kata polis hari ini.

Lelaki warga Perancis berusia 30 itu dikenali dengan nama awalnya R J H B telah ditangkap pada Isnin lalu selepas polis menerima maklumat mengenai keterlibatannya dalam perdagangan dadah.

Polis berkata dia cuba menghalang penangkapan tersebut namun polis berjaya menemukan hampir 5g dadah kristal methamphetamine dan tiga senjata jenis raifal stabilizer, sepucuk pistol dan revolver semasa pemeriksaan di rumahnya. Mereka juga menemui lebih puluhan peluru.

“Senjata-senjata ini mudah terdedah kepada disalahgunakan terutamanya kerana suspek ada penagih dadah. Jika dia hilang kawalan, senjata itu sangat berbahaya sekali,” kata ketua polis Bali, Putu Jayan Danu Putera memberitahu wartawan hari ini.

Suspek sudah lama tinggal di Bali selama bertahun-tahun, fasih bertutur Bahasa Indonesia dan bekerja di beberapa hartanah perniagaan, kata polis.

Dia kini didakwa kerana memiliki dadah dan senjata serta boleh berdepan 20 tahun penjara dan denda Rp 8 bilion (AS$560,000) jika didapati bersalah. – AFP

Gambar yang diambil pada 23 Disember menunjukkan R J H B selepas ditangkap kerana dipercayai miliki dadah dan senjata, semasa sidang media di Denpasar, Bali. – AFP