Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Pusat Ehsan lawat salon kecantikan

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) berpeluang untuk menimba pengalaman bagi membiasakan diri dengan persekitaran luar apabila rombongan seramai 20 orang iaitu 11 pelajar dan sembilan kakitangan pusat berkenaan mengadakan lawatan dan menerima sumbangan serta perkhidmatan gunting rambut percuma di Vision Illusion Hair and Beauty Saloon, Gadong, hari ini.

    Ketibaan rombongan diketuai oleh koordinator program Pusat Ehsan, Diana Solinap telah dialu-alukan oleh pemilik salon berkenaan, May Wong serta kakitangan salon itu.

    Terdahulu sebelum para pelajar istimewa menerima perkhidmatan gunting dan cuci rambut percuma, May Wong menyampaikan sumbangan derma sebanyak $500 kepada Pusat Ehsan yang diterima oleh salah seorang pelajar pusat berkenaan.

    Di samping itu, May Wong serta kakitangan salon berkenaan turut menyampaikan buah tangan berupa makanan ringan kepada para pelajar istimewa dan kakitangan pusat berkenaan.

    Selain menerima perkhidmatan gunting dan cuci rambut percuma, para pelajar dari kelas pra-vokasional berkenaan turut dibawa melawat salon itu.

    Para pelajar dan kakitangan Pusat Ehsan bergambar ramai bersama May Wong dan kakitangan Vision Illusion Hair and Beauty Saloon.
    Para pelajar dan kakitangan Pusat Ehsan bergambar ramai bersama May Wong dan kakitangan Vision Illusion Hair and Beauty Saloon.
    May Wong menyampaikan sumbangan derma kepada Pusat Ehsan yang diterima oleh salah seorang pelajar selaku wakil pusat berkenaan.
    May Wong menyampaikan sumbangan derma kepada Pusat Ehsan yang diterima oleh salah seorang pelajar selaku wakil pusat berkenaan.
    Salah seorang pelajar menerima perkhidmatan gunting rambut percuma oleh Vision Illusion Hair and Beauty Saloon.
    Salah seorang pelajar menerima perkhidmatan gunting rambut percuma oleh Vision Illusion Hair and Beauty Saloon.

    Lawatan itu dihasratkan untuk membantu para pelajar untuk berintegrasi dalam komuniti serta memberikan pendedahan kepada mereka mengenai pelbagai pengalaman pembelajaran supaya mereka mampu untuk membiasakan diri dengan dunia sekeliling mereka.

    Menurut Diana, salon berkenaan terus memberikan sokongan kepada pelbagai program dan kegiatan yang dilaksanakan oleh Pusat Ehsan sejak 2012.

    Lawatan itu merupakan lawatan ketiga yang dilakukan oleh pusat berkenaan ke salon itu dan dari semasa ke semasa salon berkenaan turut berkunjung ke Pusat Ehsan untuk menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada para pelajar istimewa pusat berkenaan.

    Dalam hubungan itu, Pusat Ehsan turut menyatakan penghargaan kepada pihak pengurusan Vision Illusion Hair and Beauty Saloon di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh mereka kepada pusat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda