Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Sri Lanka dipenjara 12 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seorang lelaki warga Sri Lanka dijatuhi hukuman 12 bulan penjara atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang wadar penjara.

    Pathmanathan Jegan @ Muhammad Saifullah bin Abdullah mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman kerana memberi sogokan wang $295.62 kepada Norizam bin Awang Hidup.

    Siasatan Biro Mencegah Rasuah mendedahkan tertuduh melakukan kesalahan itu pada atau sekitar Ogos 2015 ketika menjalani hukuman penjara.

    Dia memberi wang suapan itu sebagai ganjaran kerana Norizam telah meminjamkan telefon bimbitnya untuk membolehkannya menghubungi seseorang di luar penjara tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

    Wang itu dihantar oleh keluarga tertuduh melalui pengiriman wang Western Union.

    Sementara itu, Norizam selaku penerima rasuah telah mengaku tidak bersalah pada 29 Mac lalu dan perbicaraan terhadapnya ditetapkan pada Mac tahun depan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Anifa binti Haji Abdul Ghani.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda