Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Syria terkandas di klia2

    PUTRAJAYA, 13 April – Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan pemberian pas khas melalui Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) kepada seorang lelaki warga Syria yang terkandas lebih sebulan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sekiranya diluluskan, lelaki berkenaan perlu melalui proses penapisan yang sama seperti migran Syria yang lain.

    “Ini kerana kita perlu menyiasat terlebih dahulu latar belakang individu berkenaan untuk memastikan tiada masalah keselamatan dan perkara yang berkaitan lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda