Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Warga Thailand antara korban tragedi rempuhan di Seoul

    BANGKOK, 30 OKT – Seorang warga Thailand adalah antara 153 yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul pada Sabtu ketika pengunjung membanjiri daerah itu untuk meraikan Halloween. 

    Jurucakap Kementerian Luar, Tanee Sangrat berkata wanita berusia 27 tahun itu berlepas ke Korea Selatan dua bulan lalu untuk mempelajari bahasa Korea.

    “Kedutaan Thailand di Seoul telah memaklumkan kepada ahli keluarganya. Pihak kedutaan akan membantu menghantar pulang jasadnya,” menurut kenyataan kementerian.

    Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha turut berdukacita dengan tragedi itu dan mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu rakyat Thailand yang terjejas.

    Media melaporkan sekurang-kurangnya 153 orang termasuk 20 warga asing maut manakala kira-kira 100 lagi cedera dalam tragedi itu. – Bernama

    Bunga-bunga dan mesej dilihat di daerah Itaewon, Seoul, kelmarin, bagi memperingati mereka yang terbunuh dalam rempuhan Halloween lewat 29 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...