Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga tua Jepun pilih untuk dipenjarakan

    TOKYO – Setiap hari adalah sama. Beliau bangun pada 6:45 pagi, menikmati sarapan pagi 20 minit kemudian dan melapor untuk bekerja tepat pukul 8 pagi. Namun ini bukannya pekerja Jepun bergaji yang biasa anda lihat.

    Beliau ini seorang lelaki berusia dalam 80-an dan dia berada di dalam penjara – sebuah berstruktur kurungan dan beliau merasa berat hati untuk meninggalkannya.

    “Saya tidak tahu apa jenis kehidupan saya akan tempuhi selepas saya keluar. Saya akan bimbang tentang keadaan kesihatan dan kewangan saya sebaik sahaja saya pergi,” kata seorang banduan memberitahu AFP dengan tidak mahu namanya disiarkan dari Penjara Fuchu Tokyo, di mana dia menjalani hukuman kerana cuba mencuri.

    Kesnya tidaklah unik: Jepun berada di tengah-tengah gelombang jenayah geriatrik yang mana penjara semakin dianggap sebagai rumah penjagaan.

    Keadaan ini telah menjadi begitu buruk dimana kerajaan telah meluluskan rancangan untuk menempatkan kakitangan kejururawatan penjagaan kepada kira-kira separuh daripada 70 buah penjara di Jepun dari bulan April, yang memperuntukkan bajet sebanyak 58 juta yen (AS$495,000).

    Bekas banduan wanita makan bersama di pusat pemulihan untuk menyokong integrasi bagi bekas banduan di Tokyo. - AFP
    Bekas banduan wanita makan bersama di pusat pemulihan untuk menyokong integrasi bagi bekas banduan di Tokyo. – AFP
    Pintu masuk Penjara Fuchu Tokyo. - AFP
    Pintu masuk Penjara Fuchu Tokyo. – AFP
    Dinding di Penjara Fuchu Tokyo, sebuah penjara bagi banduan lelaki terbesar di Jepun. - AFP
    Dinding di Penjara Fuchu Tokyo, sebuah penjara bagi banduan lelaki terbesar di Jepun. – AFP

    Pada tahun 2015, hampir 20 peratus daripada mereka yang ditangkap mahupun disoal siasat oleh polis adalah berumur 65 tahun atau lebih tua – meningkat daripada 5.8 peratus pada tahun 2000, menurut Agensi Polis Negara. Kebanyakan yang dipenjarakan atas jenayah kecil seperti merompak dan mencuri.

    Peningkatan jenayah terhadap golongan tua ini adalah disebabkan oleh peningkatan beban ekonomi, penduduk yang semakin tua dan ketamakan, menurut laporan 2013 oleh Agensi Polis Negara.

    “Ia adalah suatu masalah dimana kerja-kerja pegawai penjara telah menjadi seperti penjagaan kejururawatan,” kata pegawai Kementerian Keadilan Shinsuke Nishioka, berbeza dengan tugas asal iaitu memastikan banduan untuk tidak melarikan diri.

    Pegawai di Fuchu, pegawai lelaki paling ramai di pusat pemulihan Jepun, perlu menukar lampin bagi beberapa banduan dan membantu mereka mandi.

    “Banduan yang sudah tua kadang-kadangnya mempunyai masalah untuk mendengar,” kata Nishioka. “Mereka tidak memahami arahan yang diberikan dan mereka perlu pergi ke tandas secara kerap. Ianya sukar. Kami memerlukan lebih banyak pegawai.”

    Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menangani isu itu, pihak berkuasa juga telah memberikan lampu hijau kepada rancangan untuk menghantar pakar-pakar kecergasan fizikal ke penjara-penjara bagi memenuhi keperluan penghuni yang lebih tua.

    Kehidupan penjara di Jepun adalah jauh lebih mudah – bercakap adalah dilarang semasa di tempat kerja, penghuni mesti berjalan dengan membawa fail, dan mandi adalah terbatas. Malah semasa acara yang jarang diadakan bagi hiburan mereka, mereka hanya dibenarkan untuk duduk di sebuah batang ‘ramrod’ dengan tangan mereka pada pangkuan mereka. Tepukan secara umumnya adalah dilarang.

    Kehidupan sangat membosankan, dan secara semula jadi terbatas, namun ramai yang memilih cara ini di mana mereka mempunyai tempat tinggal, makanan, dan rawatan perubatan.

    “Sekurang-kurangnya (dalam penjara) mereka mempunyai tempat untuk berlindung dan makanan mereka terjamin,” kata Tina Maschi, Profesor Madya di Fordham University Graduate School of Social Service. Yukie Kuwahara, yang bertanggungjawab bagi kebajikan banduan di Fuchu, berkata penghuni cen-derung untuk berasa cemas apabila hari baru menjelang.

    “Mereka tidak perlu bimbang tentang perkara harian di dalam penjara,” katanya.

    Kadar residivisme (pengulang laku jenayah) bagi usia lingkungan 65 tahun adalah tinggi. Menurut data kerajaan, kira-kira 70 peratus daripadanya adalah pesalah tua yang kembali ke penjara dalam tempoh lima tahun.

    “Sebab mengapa ramai bekas banduan daripada mereka yang tua kembali ke penjara adalah kerana ia adalah sukar buat mereka untuk merasa bebas dari segi kewangan,” kata Akio Doteuchi, seorang penyelidik kanan di Institut Penyelidikan NLI.

    Terumi Obata, ketua pusat pemulihan bagi bekas banduan semasa ditemu bual di Tokyo. - AFP
    Terumi Obata, ketua pusat pemulihan bagi bekas banduan semasa ditemu bual di Tokyo. – AFP
    Seorang wanita dalam linkungan 60-an telah dipenjarakan selama hampir 15 tahun kerana membunuh semasa satu temu bual di sebuah pusat pemulihan di Tokyo. - AFP
    Seorang wanita dalam linkungan 60-an telah dipenjarakan selama hampir 15 tahun kerana membunuh semasa satu temu bual di sebuah pusat pemulihan di Tokyo. – AFP

    “Jaminan perumahan dan pekerjaan selepas kembali semula ke dalam masyarakat adalah amat sukar. Dan me-reka diasingkan dari segi sosial dan ramai daripada mereka hidup bersendirian,” tambah Doteuchi.

    Penjara Fuchu menawarkan bantuan seperti permohonan kerja latihan dan ceramah motivasi mengenai perkhidmatan keselamatan sosial apabila banduan mendekati hari pembebasan mereka. Rumah Halfway juga telah ditubuhkan bagi membantu bekas banduan pada peringkat awal pembebasan mereka.

    Sebuah tempat iaitu – Tokyo’s Ryozenkai – pusat kesihatan bagi bekas banduan yang sudah tua dengan penyediaan kelengkapan seperti latihan komputer, kelas sivik dan makan malam setiap hari sepanjang penginapan 16 minggu mereka.

    Namun pengurus Terumi Obata mengatakan bahawa empat bulan adalah terlalu pendek kerana beliau percaya bahawa terdapat risiko yang tinggi bagi kesalahan berulang dalam tempoh dua tahun pertama jika mereka tidak mendapat sokongan yang betul.

    “Tidak ada keraguan bahawa kestabilan kewangan adalah cabaran yang paling utama”, kata Obata .

    “Tetapi membantu (bekas banduan) membina kepercayaan dengan orang lain dan mengajar mereka kearah yang baik adalah penting,” katanya, yang menyatakan banyak daripada mereka didera atau membesar di rumah yang tidak berfungsi lagi.

    Jambatan antara penjara dan dunia yang lebih luas dapat memberikan semua perbezaan.

    “Hidup ini sukar di luar,” kata seorang bekas pesalah memberitahu kepada AFP. Sekarang dalam usia dalam 60-an, beliau pernah dipenjarakan selama 15 tahun atas hukuman pembunuhan sebelum beliau dibebaskan.

    “Segala-galanya berubah dalam kelompok masyarakat, seperti telefon bimbit dan pembelian tiket automatik di stesen-stesen kereta api dan kereta api bawah tanah,” katanya.

    Dia mendapat pekerjaan sebagai seorang pembersih selepas menyertai Rumah Halfway dan beliau percaya beliau telah berubah dan tidak mahu kembali ke penjara.

    “Saya mahu bekerja dengan lebih kerap agar saya boleh membayar sebahagian daripada pendapatan saya untuk keluarga mangsa.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda