Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Warga UBD dalami hijrah Rasulullah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Strategi penghijrahan Rasulullah menunjukkan setiap perbuatan dan hala tuju kita mestilah ada strategi yang sepatutnya.

    Dalam kisah hijrah Nabi Muhammad SAW itu juga menampakkan tentang jernih dan sucinya persahabatan Abu Bakar As-Sidiq dan Ali bin Abi Talib serta keimanan dua sahabat ini terhadap Allah dan RasulNya sehingga sanggup membuat sesuatu yang boleh mengorbankan nyawa mereka.

    “Semua itu berpaksikan keimanan yang kukuh dan kuat,” kata penceramah undangan yang juga selaku tenaga akademik dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Madya Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Menghayati Hijrah Rasulullah’ sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 di Lecture Theatre, PAPRSB IHS, Universiti Brunei Darussalam (UBD)
    Sambutan anjuran Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD) itu telah dihadiri oleh Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kiflie selaku tetamu kehormat bersama para pegawai dan pelajar UBD.

    Antara tujuan sambutan itu adalah agar para hadirin akan mendapat ilmu dan lebih menghayati penghijrahan Rasulullah SAW. 

    Profesor Madya Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi dalam ceramahnya turut menyebutkan peristiwa hijrah juga merakamkan setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah berpandukan daripada wahyu dan pertolongan Allah SWT jua serta umat Islam menanggung susah-payah selama tiga tahun sebelum hijrah berlaku.

    Dr Hazri semasa hadir pada majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah di UBD.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...