Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Warga wanita KHEU makmurkan masjid di bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL– Pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini mengadakan Majlis Tadarus sempena Bulan Ramadan bagi tahun 1443 Hijrah / 2022 Masihi di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Dayang Hajah Jamaiah binti Haji Awang Abdul Manap, yang juga memulakan majlis dengan membaca Surah Al-Fatihah.

    Manakala acara tadarus pula diketuai oleh Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli dari Jabatan Pengajian Islam (JPI).

    Selepas itu majlis diteruskan lagi de-ngan bacaan tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Pegawai Pelajaran, Bahagian Sekolah Ugama, JPI, Hajah Rohani binti Khamis.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pemangku Pengarah JPI, Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam.

    Majlis berkenaan merupakan projek tahunan yang dikendalikan bersama oleh jabatan-jabatan dan bahagian di bawah KHEU.

    Ia juga merupakan salah satu syiar untuk memakmurkan masjid-masjid di negara ini, dalam sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran serta meningkatkan amal ibadah di bulan Ramadan.

    Di samping itu, majlis seumpamanya akan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan wanita KHEU dengan ahli qariah masjid, khususnya Muslimah masjid.

    Antara kakitangan wanita KHEU yang menghadiri majlis tadarus yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...