Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Warga WI Sambut Hari Raya

Oleh Salena M.S

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Hotel Parkview Jerudong yang telah dihadiri seramai 150 orang ahli WI di ke semua cawangan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua WI Negara Brunei Darussalam, Hajah Marhani binti Abdul Latif.

Setiausaha Agung WI, Hajah Shamsiah binti Abdul Latif selaku pengerusi majlis menjelaskan, antara tujuan majlis adalah untuk meraikan bulan Syawal sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin di antara ahli-ahli WI di kesemua cawangan.

Majlis tersebut jua diserikan dengan persembahan oleh ahli-ahli dari semua cawangan dan juga cabutan bertuah.

Seramai 150 orang ahli WI memeriahkan sambutan Hari Raya itu.
Seramai 150 orang ahli WI memeriahkan sambutan Hari Raya itu.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -