Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Warganet anggap Sheila Rusly keterlaluan

    Nama pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly kembali hangat menjadi perbualan ramai.

    Umum mengetahui beliau menggalas tanggungjawab sebagai juri bersama Cef Adu dalam sebuah program masakan TV9, Dapur Tempur.

    Wanita pemilik nama Sheila Rusly ini cukup sinonim dengan karakter yang tegas dan berterus-terang. Meskipun mungkin ada yang tidak dapat menerima sikap itu namun Sheila tidak ambil kisah kerana itulah dirinya yang sebenar.

    Baru-baru ini, tular satu sedutan video dari episod program masakan tersebut di media sosial. Kelihatan Sheila sedang memberikan komen masakan peserta namun nada suaranya yang tinggi menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama penonton rancangan tersebut.

    Ramai yang tidak bersetuju dengan cara beliau menjadi juri dalam rancangan masakan tersebut. Rata-rata warganet berpendapat bahawa Sheila sengaja mencipta drama serta terlalu emosi dengan menegur peserta-peserta program tersebut dalam nada sangat kasar. Menerusi video yang dimuat naik dilaman Instagram, TV9, Malaysia, Sheila memberi komen ‘pedas’ kepada peserta. Situasi ini berlaku apabila masakan yang dimasak oleh peserta itu tidak berjaya menambat hati juri dan rasa masakan juga kurang enak.

    Dalam episod itu juga, Sheila turut menegur peserta kerana potongan kepingan ayam saiz yang berbeza. Malah, Sheila telah meninggikan suara sambil menunjukkan ayam yang keras akibat dimasak terlalu lama.

    Rata-rata warganet menganggap cara memberikan teguran agak kasar hingga menjatuhkan air muka peserta.

    Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet mengecam. Malah ramai menegaskan Sheila tidak sepatutnya menegur peserta dengan cara sebegitu.

    Ramai di antara peserta program tidak mempunyai latar belakang dalam bidang masakan mahupun tukang masak profesional. Maka sewajarnya mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan, bukan komen yang menjatuhkan. – Agensi

    Menerusi video yang dimuat naik dilaman Instagram, TV9, Malaysia, Sheila memberi komen ‘pedas’ kepada peserta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...