Warganet baru tahu Akon beragama Islam

Penyanyi rap terkenal Akon atau nama sebenarnya Aliaune Thiam menunaikan ibadah umrah baru-baru ini sehingga mendapat perhatian warganet.

Beberapa foto penyanyi yang terkenal dengan lagu Lonely itu tersebar di media sosial. Penyanyi itu dilaporkan menunaikan ibadah itu bersama ahli keluarga dan kawan rapatnya.

Ramai warganet yang terkejut apabila melihat video bintang itu melakukan tawaf berikutan tidak tahu bahawa penyanyi tersebut dilahirkan daripada keluarga Muslim. Sementara itu, menerusi sebuah majlis baru-baru ini, Akon pernah melahirkan rasa syukur dan mengakui Islam adalah kunci kepada kejayaannya.

“Rahsia di sebalik kejayaan saya adalah kepercayaan kepada Allah SWT dan dengan mengikuti syariat Islam,” katanya. – Agensi

Akon menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarga dan kawan rapatnya. – Agensi