Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Warganet berang watak adiwira terbaharu Marvel tampil pelakon Israel

-

Marvel memperkenalkan satu lagi watak adiwira yang bakal dilakonkan oleh pelakon Israel dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menerusi Ekspo D23 yang berlangsung pada minggu lalu, aktres berasal dari Israel iaitu Shira Haas telah diumumkan sebagai watak Sabra dalam filem Captain America: New World Order yang akan ditayangkan pada tahun 2024.

Haas merupakan seorang pelakon dalam siri mini Netflix Unorthodox pada tahun 2020 dan pernah menerima dua Anugerah Ophir Israel.

Pelakon ini akan membawa peranan sebagai wira Israel, iaitu ejen yang bekerja dengan Mossad (agensi perisikan negara Israel) dalam komik Marvel. Bagaimanapun pengumuman itu telah mencetuskan kontroversi di platform media sosial.

Ramai rakyat Palestin dan aktivis pro-Palestin menyuarakan bantahan mereka terhadap watak Israel yang menggambarkan peranan heroin itu.

Pengguna media sosial menjadi marah apabila mengingatkan peristiwa pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang berlaku di kem Sabra dan Shatila di Beirut pada tahun 1982.

Peristiwa hitam berlaku pada September 1982 itu mengorbankan sejumlah besar rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam.

Pemilihan nama adiwira itu turut dipersoalkan, malah mereka menganggap pengumuman kemunculan watak Sabra itu terlalu dekat dengan tarikh ulang tahun pembunuhan beramai-ramai itu.

Difahamkan juga, penampilan Sabra di dalam komik dilihat mengenakan pakaian dengan reka bentuk berdasarkan bendera Israel dan mempunyai senjata.

Warganet menyifatkan pihak produksi tidak sensitif terhadap rakyat Palestin kerana mewujudkan watak itu dalam filem terbaharu itu. – Agensi

Kemunculan Shira Haas dalam filem Marvel terima kencaman hebat warganet. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -