Warganet curiga pertemuan Jennie dan The Weekend

Baru-baru ini media sosial dikejutkan dengan gambar pertemuan antara Jennie Blackpink dan The Weekend.

Ini menimbulkan spekulasi kepada warganet mengenai pertemuan antara Jennie Blackpink dan TheWeekend di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini pada 26 Oktober, Jennie Blackpink telah meninggalkan Seoul, Korea Selatan dan terbang ke AS. Bagaimanapun, pihak pengurusan YG Entertainment tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai aktiviti Jennieke AS.

Gambar pertemuan antara Jennie Blackpink dan Weekend telah dikongsi melalui Twitter dengan tulisan, “The Weekend dan Jennie Blackpink di Los Angeles malam tadi.”

Walaupun Jennie Blackpink sering bertemu rakan selebriti di Hollywood, pertemuannya kali ini dengan The Weekend telah mencetuskan rasa ingin tahu tentang pertemuan mereka.

Sebelum memulakan kerjaya secara rasmi sebagai ahli Blackpink, Jennie pernah menunjukkan rasa kagumnya terhadap penyanyi Kanada itu dengan menyanyikan salah satu lagu popularnya berjudul Can’t Feel My Face.

Sebelum ini dalam salah satu rakaman dokumentari Blackpink, Blackpink: Light Up the Sky, ahli Blackpink telah menunjukkan mereka sedang menonton klip The Weekend sambil mempersembahkan lagu The Hills.

Selain itu, The Weekend dilihat turut menyukai salah satu kiriman Jennie Blackpink. – Agensi

Pertemuan Jennie Blackpink dan The Weekend mencetuskan rasa ingin tahu daripada peminat. – Agensi