Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Warganet doa Nik Nazira dapat hidayah kembali bertudung

    Menghadiri acara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu tanpa mengenakan tudung, isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman menerima kecaman warganet dengan hati terbuka.

    Enggan ambil pusing dengan komen yang ditulis mengenai imej terkininya itu, Nik Nazira atau Nina, 23, menjelaskan dia masih dalam proses belajar bertudung sejak setahun lalu.

    “Saya tidak kisah apa pun orang nak cakap. Sebenarnya saya baru saja cuba-cuba bertudung. Yang sudah lama kenal dan follow saya di media sosial, mereka mesti dah lama tahu.

    “Bukannya saya memang seumur hidup sudah bertudung dan sekarang baru buka, saya sedang belajar dan mencuba bertudung semasa PKP dulu.

    “Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tidak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata,” katanya.

    Menghadiri acara AJL36 tanpa mengenakan tudung, Nik Nazira Narriman menerima kecaman warganet dengan hati terbuka. – Agensi

    Ahad lalu, penampilan Nik Nazira menemani suaminya di malam kemuncak AJL36 tanpa mengenakan tudung menjadi perhatian warganet di laman sosial.

    Rata-ratanya memintanya kembali mengenakan hijab dan berharap Yonnyboii dapat membimbing isterinya itu ke jalan lebih baik.

    “Semoga menjadi suami soleh Yonnyboii. Pelan-pelan ajak isteri menutup aurat. Semoga menjadi suami isteri yang bermanfaat kepada umat lain.

    “Bertudung lebih manis, moga diberi hidayah,” kata beberapa warganet.

    Dalam pada itu, Nik Nazira berkata dia tidak membaca komen warganet di media sosial.

    Malah, dia tidak terasa hati dengan kecaman yang ditulis itu.

    Ini merupakan penampilan kedua Nik Nazira di majlis hiburan tanpa mengenakan tudung.

    Semasa Majlis Penganugerahan Muzik 2021 Joox pada 17 Februari lalu, Nik Nazira turut menemani suaminya dengan imej freehair. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...