Warganet komen penampilan pakaian permotoran Siti Elizad

Perkongsian foto pelakon Siti Elizad ketika menyertai aktiviti permotoran di laman Instagram miliknya baru-baru ini mengundang rasa kurang senang sebilangan pengikut.

Menerusi ruangan komen, warganet itu menegur pakaian yang dikenakan oleh Elizad yang dikatakan seperti lelaki dan tidak sesuai.

Menjawab komen yang ditulis warganet berkenaan, Elizad, 36, berkata dia berasa hairan apabila baju yang dipakai itu turut dikritik dan menjadi isu.

“Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun, bawa motor takkan nak pakai skirt pula.

“Yang penting makcik tu sakit hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita?

Penampilan Siti Elizad kurang disenangi oleh sebilangan pengikut kerana dikatakan seperti lelaki dan tidak sesuai. – Agensi

“Kalau gambar seksi bukan main lagi semua kecam, ini kita pakai baju tiada yang terdedah pun kena kecam!,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Elizad berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu.

Dalam foto tersebut, kelihatan pelakon drama  Syurga Yang Kedua ini mengenakan pakaian kasual bersesuaian dengan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Namun, lain pula jadinya apabila ada warganet yang berasa kurang senang dengan penampilan santai Elizad itu.

“Eee… macam jantan,” tulis pengikut tersebut.

Bagaimanapun, ia telah dipadam oleh warganet berkenaan selepas menerima komen balas daripada peminat Elizad. – Agensi