Warganet mahu bapa Vanessa Angel diboikot di televisyen

Selepas sebulan pemergian pelakon Vanessa Angel, timbul banyak konflik membabitkan keluarganya dengan keluarga mertua.

Seperti diketahui bapanya iaitu Doddy Sudrajat pernah menuntut hak penjagaan cucu iaitu Gala Sky dan didakwa mahu mendapatkan harta peninggalan arwah.

Lebih membuatkan warganet bengang apabila Doddy menyatakan hasrat mahu memindahkan kubur Vanessa.

Kerana itu, warganet bertindak mewujudkan petisyen meminta Doddy diboikot daripada televisyen.

Petisyen itu dibuat oleh Jessica D pada minggu lalu dengan menyatakan beberapa alasan mereka perlu memboikot Doddy.

“Ayah arwah Vanessa Angel sangat mengganggu kerana masuk ke dunia TV dengan kontroversi yang membuatkan warga geram.

“Belum pun 40 hari anak dan menantu meninggal dunia, dia sudah bertanyakan mengenai harta warisan, memfitnah serta mencari simpati orang dengan cara salah.

“Maka saya berharap dengan petisyen ini ayah Vanessa Angel boleh diboikot daripada muncul di TV kerana sangat mengganggu,” tulis Jessica pada ruangan penerangan.

Tidak menunggu lama, petisyen itu telah ditandatangani oleh ribuan warganet yang menyokong gerakan memboikot Doddy.

Vanessa dan suaminya Febri Ardiansyah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. – Agensi

Warganet bengang dengan sikap bapa Vanessa Angel dan meminta dia diboikot daripada televisyen. – Agensi