Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Warganet puji Shuib bersedekah senyap-senyap

    Sebagai seorang umat Islam, amalan bersedekah sangat digalakkan untuk dilakukan agar orang yang berkemampuan dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

    Baru-baru ini, pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib, menerima perhatian daripada warganet kerana bersedekah secara senyap-senyap.

    Menerusi sebuah video Tik- Tok yang dikongsikan oleh @malaysianupdatenews, Shuib dilihat berada di sebuah kedai makan dan didatangi oleh seorang budak lelaki yang menjual keropok. Shuib secara senyap-senyap telah menghulurkan wang kepada budak lelaki itu sebagai sedekah.

    “Aku sendiri nak mengalir air mata ya Allah ya Tuhan ku,” tulis seorang warganet.

    “Kita kalau buat baik.. Allah bukak.. kita sembunyi pun.. orang akan nampak,” kata seorang lagi warganet.

    Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet memuji perbuatan Shuib kerana sangat pemurah hati tanpa perlu menunjuk-nunjuk.

    Mereka juga menyatakan bahawa Shuib tidak kedekut untuk berkongsi rezekinya bersama dengan orang lain. – Agensi

    Baru-baru ini, Shuib menerima perhatian daripada warganet kerana bersedekah secara senyap-senyap. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...