Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Warganet Thailand sindir ibu Tangmo Nida, gelar mata duitan

    Tindakan ibu kepada aktres Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin memaafkan dua suspek kematian anaknya dengan bayaran wang pampasan berjumlah RM3.8 juta terus mengundang kemarahan warganet.

    Menurut laporan LoveKpop, warganet Thailand memuat naik sedutan lagu Lisa Blackpink berjudul Money di laman sosial Twitter bagi menyindir ibunya yang didakwa mata duitan berhubung insiden ini. Sebelum ini, nama Panida menjadi tular di laman berkenaan dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mengutuk tindakan wanita berkenaan menerima wang pampasan tersebut.

    Lebih membuatkan ramai bengang apabila Panida sanggup memaafkan dua individu yang turut berada di atas bot sama dengan mendiang anaknya.

    Dalam pada itu, abang tiri Tangmo dikenali sebagai Dayos turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tersebut dan mengakui tidak mampu menonton temubual bersama Panida di Channel 3 yang bersiaran pada Jumaat lalu.

    Mahu kes ini disiasat secara menyeluruh, Dayos mengambil tanggungjawab mahu menuntut keadilan untuk Tangmo. Dia juga berterima kasih kepada media, rakan-rakan Tangmo dan warganet yang membantu merungkai kes berkenaan.

    Dalam masa sama, dia turut memohon orang ramai berhenti mengecam Panida meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan menerima wang pampasan itu. Pada Jumaat lalu, Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju). – Agensi

    Aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida. Ibu aktres itu menerima bayaran pampasan berjumlah RM3.8 juta yang membangkitkan kemarahan warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...