Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Waris enggan ikut jejak orang tua

Lahir dalam keluarga bermasalah membuatkan penyanyi rap, Waris lebih menghargai keluarga.

Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias, dia tidak mahu anak-anaknya merasakan apa yang pernah dilalui sebelum ini.

Berikutan itu, katanya, dia mencuba memberikan terbaik untuk mendidik dua permata hatinya, Mudassir, 7, dan Tihani Izz Nina, 5.

“Saya datang daripada keluarga yang berpecah belah, jadi soal ini sensitif. Ini kerana ibu bapa bercerai pada usia saya lima tahun.

“Saya faham perasaan bila keluarga bermasalah, ayah saya tiada dan ibu pula bergelut membesarkan kami.

Waris enggan lalui hidup yang sama seperti ibu bapanya yang bercerai pada umurnya lima tahun. – Agensi

Berikutan pengalaman membesar bersama ibu tunggal, penyanyi Rembau Most Wanted itu berkata, perpisahan ibu bapa banyak mengajarnya erti kecekalan, terutama melihat tugas ibunya membesar dan mendidik anak-anak.

Tambah Waris, dia berharap anak-anak muda yang juga melalui nasib sama sepertinya sentiasalah berbuat baik pada ibu bapa yang bersusah payah membesarkan mereka.

“Mungkin ada yang mengalami yang sama dan nasihat saya, berilah peluang kepada ibu sebab perlu menjadi ketua keluarga.

“Dan sekiranya bapa mengambil alih, berikan peluang kepadanya memikul tanggungjawab sebagai ibu.

“Sebab saya tahu bukan mudah nak buat dua kerja, tetapi ibu saya boleh buat. Saya akui tertinggal banyak benda, misalnya saya tak pandai bertukang sebab saya tiada ayah.

“Tetapi, ibu hantar menghadiri banyak kelas seperti kelas paling saya benci iaitu menjahit.

“Kemudiannya, saya sedar semua ini berguna. Sekarang saya boleh jahit baju anak.”

Menggalas tanggungjawab sebagai pelakon suara menerusi watak Torra berikutan doa anak-anaknya, Didie & Friends The Movie merupakan pembabitan pertama dalam filem animasi. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -