Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Waris pernah dikecam tiru karya antarabangsa

    Sekitar enam tahun lalu, lagu Botingkek nyanyian Waris dan Juzzthin mendapat kritikan apabila didakwa meniru karya antarabangsa, YC bertajuk Racks.

    Tidak lagi dibelenggu dengan perkara itu, Waris kini muncul dengan lagu baharu di samping mengekalkan tajuk serupa, Botingket II (Wahan Remix). Lagu tersebut sekali gus menjadi versi kedua Botingket. Kata Waris, sekiranya dahulu dia dituduh meniru lagu penyanyi lain, namun sekarang dirinya tampil dengan membawakan pembaharuan.

    “Masa dulu kena kecam sebab tiru lagu orang dan sekarang tidak lagi. Kita buat lain daripada sebelumnya, tetapi konsep cerita tetap sama.

    “Masih tentang duit. Dahulu cara cari duit berbeza dengan sekarang. Kalau kita lihat keadaan semasa dengan ekonomi meleset, pandemik, penindasan dan sebagai, membuatkan ramai antara kita yang terkesan dalam mencari duit,” terangnya ketika dihubungi mStar.

    Sementara itu, muzik video lagu terbabit yang dibuat sepenuhnya di Turkiye juga sudah boleh ditonton di YouTube mula Isnin. Kongsi Waris, sesi penggambaran selama 12 hari dilakukan tanpa sebarang perancangan dan dilakukan ketika sampai di negara itu.

    Waris turut memberitahu ketika muzik video itu dirakamkan, ia terpaksa dilakukan ketika keadaan cuaca -17°C.

    “Ketika di Cappadocia saya perlu berada di set seawal pukul 6 pagi (waktu tempatan). Waktu itu bulan Mac dan musim sejuk.

    “Jadi bayangkan apabila perlu berada dalam keadaan begitu. Mahu atau tidak saya tetap perlu teruskan juga,” katanya. – Agensi

    Waris kini muncul dengan lagu baharu dengan tajuk serupa, Botingket II (Wahan Remix). – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...