Waris Samsung didakwa hari ini

SEOUL, 15 Jan – Pendakwa Korea Selatan menyiasat skandal penyebaran pengaruh untuk mendakwa Presiden Park Geun-Hye yang berkata mereka akan menentukan esok sama ada untuk menahan pewaris kumpulan gergasi Samsung atas dakwaan rasuah.

Lee Jae-Yong, naib pengerusi Samsung Electronic dan anak lelaki kepada pengerusi sekarang kumpulan itu, Lee Kun-Hee, didakwa meluluskan keputusan untuk membayar pembantu rahsia Park, Choi Soon-Sil sejumlah wang besar bagi mendapatkan sokongan.

Lee disiasat pada Khamis dan Jumaat lalu sebagai suspek penjenayah, dan tiga eksekutif kanan Samsung yang lain juga disiasat.

“Kami akan membuat keputusan esok…sama ada atau tidak menahan Lee dengan mengambil kira kedudukan dan signifikan isu tersebut,” Lee Kyu-Chul, jurucakap bagi pasukan pendakwa khas yang menyiasat skanda tersebut berkata hari ini.

Pendakwa merancang untuk membuat keputusan hari ini tetapi pertimbangan perundangan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka “kerana signifikan pergerakan itu”, Lee memberitahu penjelasan yang disiarkan menerusi televisyen.

Skandal yang menumpukan ke atas Choi, yang didakwa menggunakan rakan rapat kepada presiden untuk memaksa firma-firma terbaik Seoul dalam “menderma” hampir $70 juta dolar ke dalam dua yayasan yang tidak mendapatkan keuntungan di mana Choi kemudian didakwa menggunakannya untuk kepentingan peribadi beliau. – AFP