WARISAN adakan majlis tahlil, doa arwah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN), semalam, telah mengadakan majlis tahlil dan doa arwah yang dikhususkan kepada ahli-ahli yang telah pulang ke rahmatullah.

Ahli-ahli yang dimaksudkan ialah Allahyarhamah Dayang Bulan binti Haji Bidin (Ahli 130), Allahyarhamah Hajah Haryanie binti Abdullah Hashim (Ahli 052) dan Allahyarham Awang Rosdi bin Abidin (Ahli 195).

Majlis yang diadakan di salah sebuah restoran di Kampung Jerudong itu dihadiri oleh penasihat, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan serta waris-waris ahli yang telah pulang ke rahmatullah.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan penyampaian derma WARISAN kepada ahli-ahli keluarga yang telah pulang ke rahmatullah. Derma-derma adalah hasil kutipan ahli-ahli WARISAN dan disampaikan oleh Penasihat WARISAN, Haji Pungut bin Kassim.

Wakil WARISAN menyampai sumbangan derma kepada wakil ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.