WARISAN adakan tilawah Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Bulan suci Ramadan menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi mereka yang melakukan amal ibadat.

Bagi meraih keberkatan itu, Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) telah mengadakan mengadakan tilawah Al-Quran bagi para ahlinya.

Ketika dunia berdepan pandemik wabak COVID-19, majlis tadarus di masjid-masjid di negara ini tidak dapat dilaksanakan, oleh itu Biro Ugama dan Pendidikan WARISAN yang diketuai oleh

Awang Jasni bin Haji Ompak telah melaksanakan inisiatif membaca Al-Quran dalam kalangan ahli di rumah masing-masing.

Menurut Awang Jasni, selain memohon keberkatan dan pahala di bulan suci Ramadan, usaha ini berkenaan juga demi mengharapkan keampunan daripada Allah SWT melalui keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran, kebenaran dan rahsianya, agar Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat dilindungi daripada wabak COVID-19 sekali gus memohon syifa bagi mereka yang sedang menjalani rawatan.

Antara ahli WARISAN yang menyertai program tilawah Al-Quran di rumah masing-masing.