Warisan Bonda
SETIAP kali lalu di hadapan bangunan terbiar yang diberi nama Warisan Bonda itu, pasti bulu roma di tangan mahupun di leher Acap meremang. Entah apa yang keramatnya bangunan tersebut, Acap sendiri tidak pasti. Mungkin, bangunan terbiar itu mempunyai seribu satu kisah misteri yang belum terungkaikan. Meliar mata Acap memerhatikan bangunan usang tersebut. Seingatnya, bangunan itu


































