Warisan makanan kuskus

PARIS – Algeria, Maghribi, Mauritania dan Tunisia melupakan perbezaan untuk memohon status warisan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap makanan kuskus.

Empat negara itu memohon untuk memasukkan hidangan enak itu ke dalam senarai Warisan Kebudayaan Tak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan serta Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang memaparkan amalan budaya yang paling berharga di dunia.

Tindakan itu perlu dalam mengatasi perselisihan antara negara berjiran, Algeria dan Maghribi.

Duta Maghribi ke UNESCO, Zohour Alaoui, berkata buat kali pertama empat negara Afrika Utara bersama-sama untuk memfailkan permohonan.

Wakil Khas Tunisia ke UNESCO, Ghazi Gherairi turut memuji kerjasama itu.

Kuskus menjadi subjek yang mencetuskan persaingan hebat antara Algeria, Maghribi dan Tunisia yang mendakwa negara asal hidangan itu. – Agensi

Makanan penyatuan

“Kuskus menjadi wadah penyatuan Afrika Utara,” katanya di Twitter.

Permohonan itu akan dikaji dalam mesyuarat seterusnya Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dunia UNESCO di Bogota, Disember ini.

Seperti ‘perang hummus’ yang sekian lama merenggangkan Asia Barat dan debat panas Afrika Barat terhadap siapa yang membuat beras jollof terbaik, kuskus menjadi subjek yang mencetuskan persaingan hebat antara Algeria, Maghribi dan Tunisia yang mendakwa negara asal hidangan itu.

Pada 2016, Algeria mengumumkan usaha tunggal untuk memenangi persaingan mendapatkan status hidangan itu, sekali gus mencetuskan kemarahan awam di Maghribi.

Pada tahun lalu, beberapa negara berusaha ‘mengadun’ tawaran bersama. – AFP