Warisan sejarah terus terpelihara dengan pembinaan monumen

SALT LAKE CITY – Presiden Barack Obama mengembangkan lagi legasi environmentalisnya di hari-hari terakhirnya memegang jawatan presidennya dengan membina dua monumen tugu kebangsaan di Utah dan Nevada di mana ia menjadi tumpuan terhadap penggunaan tanah awam di wilayah barat Amerika Syarikat.

Tugu Kebangsaan Bears Ears dibina di Utah yang meliputi kawasan seluas 1.35 juta ekar dan tujuan pembinaannya bagi melindungi kawasan tersebut yang dianggap suci kerana menempatkan sebanyak 100,000 tapak bersejarah termasuk reka bentuk kediaman purba.

Sementara di Nevada pula, Tugu Negara Gold Butte pula dibina di kawasan seluas 300,000 ekar bagi melindungi kawasan yang memiliki panorama indah dan ekologi yang rapuh di mana ia menempatkan beberapa tapak arkeologi termasuk seni batu, artifak, fosil-fosil yang jarang ditemui dan trek laluan dinosaur yang baru dijumpai.

Rumah Putih dan aktivis pemuliharaan menjelaskan bahawa kedua-dua tapak tersebut berhadapan dengan risiko pencerobohan dan vandalisme.

“Tindakan yang dilaksanakan pada hari ini akan dapat membantu untuk melindungi warisan budaya dan akan memastikan generasi masa depan akan terus berpeluang untuk menikmati panorama indah dan landskap tapak sejarah,” jelas Obama dalam satu kenyataan.

Antara kawasan yang merupakan tapak warisan sejarah yang terus terpelihara di Utah dengan pembinaan monumen Tugu Kebangsaan Bears Ears.
Antara kawasan yang merupakan tapak warisan sejarah yang terus terpelihara di Utah dengan pembinaan monumen Tugu Kebangsaan Bears Ears.
Keindahan panorama di beberapa kawasan yang merupakan warisan budaya juga telah menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong.
Keindahan panorama di beberapa kawasan yang merupakan warisan budaya juga telah menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong.

Projek pembinaan monumen yang dilaksanakan oleh Obama di sepanjang lapan tahun beliau memegang presiden adalah jauh lebih berkembang dan cukup meluas berbanding dengan presiden-presiden yang lain.

Pentadbiran yang dijalankan di bawah kuasa beliau lebih menekankan kepada aspek keselamatan dan perlindungan sebagaimana yang dizahirkan melalui pembinaan monumen yang berjaya dilaksanakan.

Walaupun jawatan Presiden yang dipegang oleh Obama bakal berakhir tidak lama lagi namun Senator Republikan Utah berikrar untuk terus melindungi kawasan tersebut daripada sebarang ancaman.

Pengarah Urusan Majlis Kualiti Alam Sekitar Rumah Putih, Christy Goldfuse menjelaskan bahawa Akta Antikuiti dapat memberikan kebenaran kepada presiden untuk membina monumen selagi masih berada dalam kuasa penetapan sebagaimana mengikut peraturan mahkamah yang telah ditegakkan.

Bagi pihak lawan juga bersetuju bahawa melalui pembinaan monumen tersebut dapat memberikan perlindungan terhadap khazanah yang terdapat di tempat tersebut agar terus terpelihara namun membataskan aktiviti perkembangan penerokaan minyak dan gas serta aktiviti penduduk setempat seperti berkhemah, berbasikal, pendakian dan pengumpulan kayu.

Menurut pegawai persekutuan, aktiviti perlombongan dan pembangunan tenaga juga semakin dikurangkan namun bagi yang telah beroperasi seperti sedia kala tidak akan terjejas. Kerja-kerja pengumpulan kayu dan tumbuh-tumbuhan juga masih tetap dibenarkan begitu juga dengan aktiviti pemburuan, penangkapan ikan dan aktiviti riadah yang lain.

Pada dasarnya, sempadan yang telah ditetapkan mengikut sebagaimana keluasan yang dilindungi oleh monumen itu tidak mengganggu sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh gabungan suku penduduk di tempat tersebut.

Presiden Bangsa Navajo Russell Begaye pula menjelaskan bahawa kemajuan yang dilaksanakan itu adalah satu perkembangan yang sangat baik bagi suku kaumnya dan masyarakat yang lain.

“Kami sentiasa melihat Bears Ears sebagai satu kawasan perlindungan di mana ia memiliki kawasan yang berbatu, udara yang tenang dan tanah yang luas sehingga ia menjadikannya sebagai sesuatu yang sangat berharga di dalam kehidupan dan wajar untuk terus dilindungi,” jelas Begaye.

Beberapa kawasan yang memiliki nilai sejarah dan budaya di Utah dan Nevada wajar terus dipelihara agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.
Beberapa kawasan yang memiliki nilai sejarah dan budaya di Utah dan Nevada wajar terus dipelihara agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.

Suku kaum Navajo adalah salah satu daripada suku kaum yang diberikan kelebihan untuk dicalonkan sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal monumen Bears Ears dan ia jelas memerlukan seseorang yang memiliki kepakaran dalam pengurusan tanah persekutuan dan kawasan tersebut.

Terletak di antara kawasan taman negara yang sedia ada dan penempatan Navajo, monumen tersebut menampilkan panorma yang sangat menakjubkan di mana ia meliputi kawasan tebing, dataran tinggi, pembentukan batu yang menjulang tinggi dan sungai.

Sementara di tapak Gold Butte, seni batu daripada puak asli Amerika dan artifak ditaburkan di tengah-tengah kawasan gunung yang memiliki pembentukan batu pasir dan pokok Joshua.

Pada zaman dahulu, penduduk setempat seringkali melakukan aktiviti penternakan lembu dan perlombongan di kawasan tersebut dan kini ia lebih banyak digunakan sebagai aktiviti berkhemah dan bermain ATV.

Senator Demokratik Bersara, Harry Reid telah mencadangkan terhadap perlindungan wajar diberikan sehinggai ke kawasan jauh meliputi Lake Mead namun idea tersebut telah ditentang oleh delegasi ahli kongres GOP Nevada.

Pembinaan monumen tersebut jelas merupakan satu langkah baik dalam melindungi landskap semulajadi Nevada yang cantik,” jelas Reid dalam satu kenyataan. –AP