BEIJING – Kawasan utara dan selatan ibu kota purba China telah diperluaskan dan terus dipertingkatkan.
Pada 29 September, pihak berkuasa Beijing telah melancarkan pelan umum untuk pembangunan di kawasan yang dikenali sebagai Zhongzhouxian dari 2015 hingga 2035 di mana ia bertujuan untuk melindungi sejarah dan budaya di bandar itu.
Dalam pelan tersebut turut menjelaskan bahawa kawasan Zhongzhouxian adalah meliputi kawasan bersejarah dan terus membangun di mana kerja-kerja pemeliharaan perlu diselaraskan dengan peningkatan.
Mula dikembangkan pada era Dinasti Yuan (1271-1368) Zhongzhouxian dahulunya memiliki kawasan yang berukuran seluas 3.7 kilometer dan dinasti tersebut terus diperluaskan lagi kepada 7.8 kilometer yang meliputi dari Yongdingmen di selatan dan Menara Loceng dan Drum pada Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911).
Arkitek China, Liang Sicheng, seorang pelopor pemuliharaan warisan menyifatkan Zhongzhouxian sebagai pusat paksi utara-selatan yang terpanjang dan terbesar di dunia.


“Keindahan seni bina bangunan di Beijing dipercayai diinspirasikan daripada bangunan yang terdapat di Zhongzhouxian,” jelas Liang.
Kemudian kawasan itu diperluaskan lagi pada tahun 2003 tatkala bandar raya itu bersedia untuk meraikan acara Sukan Olimpik pada tahun 2008.
Di dalam pelan umum turut menjelaskan bahawa projek memperluaskan kawasan Zhongzhouxian itu meliputi sehingga ke kawasan Pergunungan Yanshan di utara dan lapangan terbang antarabangsa baru Beijing di selatan.
Olympic Green dianggap sebagai salah satu kawasan paling penting di sepanjang kawasan Zhongzhouxian yang baru diperluaskan.
Pengarah Operasi Beijing Inno-Olimpik Group Co. Ltd, Zhao Jin yang mengetuai pengurusan hartanah Olimpik menjelaskan bahawa Dewan Warisan Budaya China dan Muzium Seni kebangsaan China akan dibina di sepanjang kawasan Zhongzhouxian yang baru diperluaskan.
“Bersama-sama dengan Water Cube dan Pusat Konvensyen Kebangsaan China, kawasan terbaru itu dijangka akan menjadi sebuah pusat kebudayaan, sukan, teknologi dan kewangan,” jelasnya.
Menurut Zhao, Olympic Green telah berjaya menerima kunjungan yang mencecah sehingga 410 juta orang termasuk pelancong dan para pengunjung dalam merujuk kepada statistik dari tahun 2008 hingga 2016.
Pembaharuan itu jelas tidak dipisahkan dari paksi asal dan pada hari yang cerah, panorama indah menghala ke tempat asal Zhongzhouxian iaitu Jiangshan dapat disaksikan dari puncak Pergunungan Yangshan walaupun ukuran jarak di antara dua kawasan itu meliputi sehingga 8 kilometer.
Zhongzhouxian merupakan sebuah kawasan yang terletak di antara Daerah Dongcheng dan Xicheng.
“Ia diibaratkan seperti tulang belakang kepada struktur ruang bandar Beijing,” jelas seorang ahli sejarawan Beijing, Li Jianping.
Di sepanjang kawasan itu adalah beberapa bangunan bersejarah seperti Qianmen, Forbidden City, Taman Jingshan dan juga Menara Loceng dan Drum.
Monumen-monumen politik seperti Tugu Peringan Mao Zedong, Monumen Wira Rakyat dan Dataran Tian’anmen juga masih kekal terpelihara di sepanjang kawasan itu.
Simetri terus dikekalkan di sepanjang Zhongzhouxian di mana Dewan Besar Rakyat dan Taman Zhongshan Beijing berada di sebelah barat dan Muzium Kebangsaan China dan Istana Budaya Kerja Beijing pula terletak di sebelah timur.

Pada tahun 1949, majlis peletakan batu asas telah diadakan di Dataran Tian’anmen di mana ia telah disesuaikan untuk menjadi sebuah tempat untuk para penduduk berkumpul berbanding hanya mementingkan kepada aspek royalti.
Pembinaan bangunan Bird’s Nest dan Water Cube di setiap sisi lanjutan utara Zhongzhouxian jelas mencerminkan simetri yang ditemui di sepanjang bahagian kawasan yang lama.
“Beijing telah dibangunkan mengikut kepada sistem perancang yang berpandukan kepada ‘papan periksa’ sejak Dinasti Yuan. Sementara itu, kebanyakan bandar-bandar lain pula dipengaruhi dengan konsep era Zaman Pertengahan,” jelas Wang Shiren yang merupakan jawatankuasa pemeliharaan sejarah dan budaya bandar.
Kerajaan Perbandaran Beijing secara rasminya telah memulakan kempen itu pada tahun 2011 untuk menempatkan lebih banyak tapak bersejarah di sekitar bandaraya tersebut yang juga tersenarai dalam warisan budaya dunia.
Wang menjelaskan bahawa Zhongzhouxian pernah memiliki sebanyak 42 tapak bersejarah dan kini 36 daripadanya pula telah diletakkan di bawah status dipelihara atau dibina semula.
Namun terdapat juga beberapa pihak yang turut memberikan kritikan berikutan daripada aktiviti pengubahsuaian yang dilakukan secara berlebihan seperti pada Menara Yongdingmen yang dibina semula pada tahun 2004.
Pengarah Jabatan Rekabentuk dari Institut Perancangan Bandar dan Rekabentuk Beijing, Feng Feifei menjelaskan bahawa bandar tersebut telah melalui tempoh sejarah yang berbeza di mana pelbagai perkara telah dinilai.
Berikutan daripada itu, beberapa pengaruh sejarah juga dapat dilihat di sepanjang paksi kawasan termasuk kebudayaan Beijing lama di bahagian antara Yongdingmen dan Qianmen, kebudayaan China baru di antara Dewan Memorial Mao Zedong dan Tian’anmen serta budaya kerajaan Dinasti Ming dan Qing dari Duanmen ke Taman Jingshan.
Bandar itu berhasrat untuk meningkatkan kemajuan untuk menjadi modal antarabangsa teratas dalam tempoh lima tahun akan datang sebagaimana menurut matlamat pembangunan bandar yang baru diumumkan pada Jun lalu.
Secara tidak langsung , bandar itu terus berusaha untuk menjadi sebuah pusat politik, budaya, antarabangsa dan penuh inovasi.
“Sebuah sejarah yang hebat dapat diukur melalui warisan budaya yang kaya,” jelas Feng. – Xinhua