Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Warisi minat memasak daripada ibu tersayang

    MALAYSIA – Di rumahnya di Shah Alam, Ed Asmadi Mohd Saidin, 46, duduk dengan puas hati di sebelah ibunya, Salmah Hashim, 76. Kedua-duanya mempunyai hubungan mesra disebabkan minat mendalam mereka terhadap makanan.

    Semasa kecil, Ed yang merupakan anak kedua daripada empat beradik lelaki berkata dia masih ingat pergi ke pasar bersama ibunya dan membantu ibunya memasak setiap hari. Ini mendorong minatnya terhadap dapur, di mana dia kini mahir memasak pelbagai jenis makanan tradisional.

    “Saya sentiasa mempunyai minat dalam memasak,” jelasnya. Ibunya berkata, “Hanya dua anak lelaki saya pandai memasak, dan baguslah Ed mahir memasak disebabkan isterinya boleh berehat sebentar!” katanya sambil ketawa.

    Ed dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur. Walaupun telah menghabiskan seluruh hidupnya di Lembah Klang, Pulau Pinang tetap dekat di hati.

    Itulah sebabnya apabila dia berkahwin dengan isterinya Syuibah Abirah Mohd Tarmizi, 45, dan mempunyai dua orang anak, Muhammad Nafis Zahran Ed Asmadi, 20, dan Nur Syadiyah Zahra Ed Asmadi, 15, Ed mula membuat laksa khas Pulau Pinang untuk seisi keluarga ketika Hari Raya. Hidangan itu sejak itu menjadi popular, dengan ahli keluarga merayu untuk menikmati hidangan keluarga yang popular ini.

    “Bapa mertua saya suka laksa Pulau Pinang ini, jadi apabila saya beritahunya saya akan masak, dia akan datang terus,” katanya sambil ketawa.

    Resipi laksa Ed berusia kira-kira 50 tahun dan diwarisi daripada ibunya. Bersama, kedua-duanya memutuskan untuk mengubah suai resipi asal dengan menambah bahan tambahan seperti nanas dan pudina dan berasa gembira dengan hasilnya.

    Laksa Pulau Pinang masakan Ed pas-tinya satu kejayaan, hidangan mi mempunyai kuah ikan yang ditonjolkan dan diseimbangkan oleh nanas dan bau segar herba daun pudina.

    Hidangan hari raya Ed turut diserikan dengan pemilihan kuih yang dibuatnya setiap tahun untuk keluarganya. Katanya, minatnya terhadap kuih masakan sendiri juga berpunca daripada ibunya, yang pernah menjadi penjual kuih popular yang menghasilkan kuih sendiri di Kajang.

    Pendedahan awal kepada pelbagai jenis kuih benar-benar meninggalkan kesan kepada Ed, yang meneruskan tradisi di rumahnya sendiri, di mana dia menghasilkan pelbagai kuih seperti kek lapis, kuih cara manis, bingka ubi dan donat yang lembut dan gebu untuk keluarganya setiap kali Hari Raya.

    Memandangkan minatnya yang mendalam untuk memasak semua makanan tradisional dan hidangan manis ini sesuatu dengan dia membesar, Ed telah melakukan yang terbaik untuk memastikan anak-anaknya turut mengambil resipinya, supaya warisan keluarga itu kekal. – ANN/The Star

    Ed minat memasak dan belajar memasak daripada ibunya, seorang tukang masak rumah dan bekas penjual kuih. – ANN/ The Star
    Keluarga Ed sentiasa menantikan hidangan dan kuih yang disajikannya setiap Hari Raya. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...