Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

‘Warren Buffet India’ meninggal dunia

-

NEW DELHI, 14 OGOS – Pelabur pasaran saham dan jutawan India, Rakesh Jhunjhunwala, yang turut digelar sebagai Warren Buffet India, meninggal dunia pada usia 62 tahun di Mumbai, lapor agensi berita Press Trust of India.

Perdana Menteri, Narendra Modi, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengusaha perniagaan berjaya itu. Forbes menganggarkan Rakesh Jhunjhunwala memiliki aset sebanyak AS$5.8 bilion.

“Rakesh Jhunjhunwala tiada tandigannya. Dia berwawasan dan meninggalkan legasi sumbangan ke dalam dunia kewangan dan perniagaan,” Modi berkata melalui ciapan Twitter.

Punca kematian Jhunjhunwala masih belum diketahui, walaupun dia dikatakan menghidap pelbagai masalah kesihatan, lapor media tempatan.

Jhunjhunwala, akauntan bertauliah dari negeri utara Rajasthan, mula menceburi dalam dunia pelaburan pasaran saham ketika dia masih di kolej, bermula dengan modal hanya AS$63.

Beliau kemudian membuka sebuah perniagaan yang diberi nama RARE Enterprises, sebuah firma pengurusan aset. Jhunjhunwala menjadi individiu terkaya apabila dia melabur dalam beberapa syarikat terbesar di India.

Dia telah bekerjasama dengan dua ketua pegawai eksekutif untuk menubuhkan syarikat penerbangan Akasa Air, yang membuat penerbangan pertama minggu lepas. Jhunjhunwala hadir dalam acara tersebut dengan menggunakan kerusi roda.

Rakesh Jhunjhunwala juga dikenali sebagai ‘Big Bull’ dalam Bursa Saham Bombay kerana beliau berani mengambil risiko dalam pasaran dan pelaburannya.

Dalam satu wawancara bersama saluran berita CNBC-TV8, Jhunjhunwala berkata walaupun ekonomi seluruh dunia terus menjunam jatuh, “Pasaran India akan terus berkembang, tetapi pada kadar yang lebih perlahan.” – AP

Penerbangan kos rendah Akasa Air, ditubuh bersama oleh Rakesh Jhunjhunwala, ketika berlepas dalam penerbangan pertamanya pada 7 Ogos lalu. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -