SAN FRANCISCO, 6 JUN – Stephen Curry menjaringkan 29 mata ketika Golden State Warrior kembali bersaing dalam pusingan akhir NBA Game Two telah meraih kemenangan 107-88 ke atas Boston Celtic, kelmarin.
Curry mempamerkan aksi jaringan yang menakjubkan sementara benteng pertahanan Warriors mampu menggagalkan serangan Boston.
Pasukan Warrior, mensia-siakan 12 mata pendahuluan pada suku keempat dalam Game One, kini tidak membiarkan kejadian tersebut berulang kembali ketika mereka berjaya mencipta kelebihan dua angka pada suku ketiga perlawanan untuk menyamakan kedudukan 1-1 dalam siri tujuh pasukan terbaik.
Sementara itu, Curry mendahului untuk mendapatkan mata bagi Golden State, dengan Jordan Poole memperoleh sebanyak 17 mata, Andrew Wiggins menjaringkan 11 mata, Kevon Looney dengan 12 mata dan Klay Thompson pula telah memperoleh 11 mata.
Manakala bagi pasukan Boston, Jayson Tatum menjadi penjaring terbanyak dengan 28 mata, tetapi 21 mata daripadanya adalah pada separuh masa pertama perlawanan.
Selain daripada Tatum, hanya dua pemain Boston sahaja dengan dua angka, iaitu Jaylen Brown memperoleh 17 mata dan Derrick White pula memperoleh 12 mata.
Pertahanan Warrior, diketuai oleh Draymond Green, berjaya memberi tekanan kepada Boston pada separuh masa kedua, dengan dua penjaring terbanyak Celtic semasa Game One, Al Horford dan Marcus Smart – kedua-duanya hanya memperoleh empat mata digabungkan. – AFP