Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warriors ‘bangun’ untuk tewaskan Magic

    MIAMI, 23 Jan – Pasukan Golden State Warriors mengetepikan permulaan hambar untuk menewaskan Orlando Magic 118-98 dan melengkapkan kemenangan ketujuh berturut-turut mereka semalam.

    Stephen Curry mengetuai penjaring bagi Warriors dengan 27 mata, melengkapkan tujuh daripada 13 percubaan tiga-mata ketika pasukan Dubs memperbaiki kedudukan kepada 38-6.

    Kejayaan itu meletakkan Warriors laluan untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah bagi memenangi 65 perlawanan atau lebih bagi tiga musim NBA berturut-turut.

    Curry kemudian mengakui Warriors bergelut untuk mendapatkan rentak biasa mereka selepas perlawanan bermula pada jam 12 tengah hari waktu setempat.

    “Perlawanan bermula sangat awal, dan cabaran dari segi mental, tetapi masa pertandingan seharusnya tidak begitu penting,” kata Curry.

    Pemain Orlando Magic, Mario Hezonja (8) cuba membuat percubaan namun dihalang oleh Andre Iguodala (9) sambil diperhatikan oleh Draymond Green (23) dalam aksi separuh pertama NBA antara Golden State Warriors dan Orlando Magic. - AP
    Pemain Orlando Magic, Mario Hezonja (8) cuba membuat percubaan namun dihalang oleh Andre Iguodala (9) sambil diperhatikan oleh Draymond Green (23) dalam aksi separuh pertama NBA antara Golden State Warriors dan Orlando Magic. – AP

    “Kami mahu menang setiap kali kami beraksi. Kami mahu menunjukkan betapa kemenangan begitu bermakna kepada pasukan ini.”

    Pasukan Warriors bermula perlahan dalam tempoh enam minit awal ketika persaingan pembukaan terus sengit.

    Curry mencatatkan 16 mata dalam kutipan akhir ketika suku ketiga yang menyaksikan Golden State berjaya mendahului 18 mata.

    “Ia pelik,” kata Curry. “Kami bergelut lebih awal, tetapi kami memberikan kesan pada suku ketiga. Ia adalah apabila kami beraksi di tahap terbaik.”

    Klay Thompson telah menjaringkan 21 mata apabila Kevin Durant menghasilkan 15 mata, 10 ‘rebound’ dan enam asis. Draymond Green mencatatkan kutipan mata paling rendah dengan enam mata tetapi mencatatkan 10 ‘rebound’.

    “Saya perlu dikejutkan hari ini,” kata Green. “Ia sukar untuk beraksi awal sebegini. Anda boleh memberitahu dengan cara kami beraksi di awal permainan. Tetapi ia adalah perlawanan NBA, dan kami berjaya melakukannya dan menyelesaikannya.”

    Kemenangan pasukan Warriors adalah kemenangan ke-20 mereka, di mana mereka menjaringkan 100 mata atau lebih dan melanjutkan rekod penguasaan mereka ke atas pasukan-pasukan Eastern Conference kepada 14-1 musim ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda