Warriors, Curry bermula garang

LOS ANGELES, 15 Mei – Stephen Curry menghasilkan sembilan jaringan 3-mata bagi mengumpulkan 36 mata untuk membantu Golden State Warriors menang 116-94 ke atas Portland Trail Blazers dalam perlawanan pertama final Western Conference pagi tadi.

Curry menambah tujuh assist dan enam rebound ketika Warriors meneruskan momentum ke atas Trail Blazers selepas kemenangan ke atas Denver dalam pusingan kedua Ahad lalu.

Klay Thompson menambah 26 mata dan memberikan persembahan pertahanan yang kental, menyaksikan Warriors mengetepikan ketiadaan Kevin Durant kerana cedera.

Draymond Green pula menghasilkan 12 mata, 10 rebound, lima assist, dua steal dan tiga tampanan buat juara NBA sebanyak dua kali itu, yang bermain bagi final Western Conference buat kali kelima berturut-turut.

Curry berkata dia memanfaatkan serangan pantas Warriors.

“Ia adalah gerakan yang menarik dan telah memberikan banyak tekanan ke atas pertahanan,” kata Curry.

Trail Blazers hanya menghubungkan 36.1 peratus daripada percubaan mereka dari gelanggang, menjadikan hanya tujuh daripada 28 percubaan 3-mata.

Bintang Portland, Damian Lillard hanya mampu membuat 12 percubaan untuk menghasilkan 19 mata dengan enam assist, empat rebound dan tujuh turnover. – AFP

Stephen Curry (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Blazers pada perlawanan pertama final Western Conference. – AFP