Warriors masih bernyawa

TORONTO, 11 JUN – Jaringan 3-mata oleh Stephen Curry dan Klay Thompson membantu juara bertahan Golden State Warriors menewaskan Toronto 106-105 hari ini dan mengekalkan harapan mereka untuk memenangi tiga Final NBA berturut-turut.

Curry menjaringkan 31 mata sementara Thompson menambah 26 mata ketika Warriors mengurangkan defisit menjadi 3-2 dalam siri tujuh terbaik final, memaksa bagi perlawanan keenam pada pagi Jumaat ini.

“Lakukannya atau mati. Ia bukan separuh masa kedua yang cantik tetapi kami berjaya menyudahkan beberapa lontaran,” kata Curry.

Tetapi kemenangan itu dicemari dengan kehilangan bintang Warriors, Kevin Durant, yang membuat aksi kembali setelah sekian lama selepas pulih daripada kecederaan kaki kanan tetapi hanya mampu menjaringkan 11 mata dalam masa 12 minit sebelum mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa dibantu keluar dari gelanggang.

Durant, Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA 2017 dan 2018 dan penjaring terbanyak playoff Golden State dengan 34.2 mata dalam satu perlawanan, meninggalkan gelanggang dengan pembalut kaki dan akan menjalani MRI hari ini. – AFP

DeMarcus Cousins (tengah) cuba dihalang oleh dua pemain Toronto Raptors ketika cuba membuat jaringan dalam perlawanan kelima Final NBA di Toronto. – AP