Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Warriors semakin hampiri gelaran NBA

    SAN FRANCISCO, 14 JUN – Andrew Wiggins berjaya memperoleh 26 mata ketika Golden State Warriors menewaskan Boston Celtic 104-94 untuk meraih satu lagi kemenangan untuk merangkul gelaran NBA ketujuh, kelmarin.

    Pada perlawanan malam kelmarin, Stephen Curry tidak dapat beraksi dengan baik selepas memperoleh 43 mata dalam perlawanan keempat, kemudian Wiggins menguasai perlawanan untuk mengetuai Golden State di bahagian serangan untuk membantu pasukannya mendapat kemenangan 3-2 dalam siri terbaik daripada tujuh perlawanan.

    Wiggins mempamerkan aksi terbaik di bahagian serangan dan pertahanan untuk pasukan Warrior di Chase Center, menjaringkan 12 daripada 23 jaringan, berjaya mendapatkan 13 rebound dengan dua rampasan dan satu halangan.

    Pasukan Warriors mampu menyambar kemenangan dalam kejohanan itu jika berjaya menewaskan Boston dalam perlawanan keenam pada Khamis ini.

    “Kami memiliki dua pemain perancang untuk mendapatkan satu kemenangan tetapi kami juga tahu betapa sukarnya perlawanan itu akan jadi nanti,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr.

    Aksi Jayson Tatum (tengah) berebut bola dengan Stephen Curry (kiri) dan Andrew Wiggins (kanan) semasa perlawanan suku ketiga dalam perlawanan kelima NBA di Chase Center. – AFP

    “Tiada siapa meraikan tetapi kami berasa teruja untuk berada di tempat ini dan menggunakan kelebihan yang ada,” tambahnya.

    Kerr memberikan penghormatan kepada Wiggins, bekas pemain pilihan nombor satu Kanada yang kini menjadi pemain utama dalam barisan pemain sejak menyertai pasukan itu pada dua tahun lalu.

    Wiggins mengetuai sebagai penjaring Warriors, sementara Klay Thompson memberikan sokongan dengan memperoleh 21 mata termasuk dengan lima jaringan three-point. Gary Payton II memperoleh 15 mata dan Jordan Poole pula memperoleh 14 mata.

    Sementara itu, Curry, pemain utama Warriors dan calon yang mendahului untuk merangkul gelaran MVP NBA, memperoleh 16 mata tetapi hanya berjaya membuat tujuh daripada 22 percubaan jaringan, gagal melakukan jaringan three-point dari sembilan percubaan.

    Perkara itu adalah kali pertama terjadi dalam kerjaya Curry selepas dia gagal menjaringkan three-point dan kali pertama dia gagal melakukan jaringan dari luar arc dalam mana-mana perlawanan NBA sejak 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...