Warriors terus bangkit

WASHINGTON, 15 Mei – Pendahulu kemenangan bermusim, Houston Rockets bergelut sepanjang kempen untuk merebut kelebihan sepanjang playoff NBA, tetapi juara bertahan Golden State Warriors merampasnya dengan kemenangan 119-106 semalam.

Kevin Durant menjaringkan 37 mata dan Klay Thompson menambah 28 untuk Warriors untuk memenangi final pembukaan best-of-seven Western Conference dalam siri permulaan luar biasa untuk pasukan yang berusaha memenangi kejuaraan NBA kali ketiga dalam empat musim.

“Kami cuba memenangi setiap perlawanan yang kami sertai,” kata penyerang Warrior Draymond Green.

“Ia berakhir dengan ‘merampas gelanggang tuan rumah’ tetapi kami tidak melihatnya begitu. Kami menang satu perlawanan ketika jelajah dan cuba untuk memenangi dua lagi.”

Stephen Curry menambah 18 mata, enam rebound dan lapan asis manakala Green menyumbang sembilan rebound dan sembilan asis untuk Warriors.

Pemain Warriors, Stephen Curry (kiri) mengelak halangan Gerald Green daripada Houston Rockets semasa pertemuan antara kedua-dua pasukan itu di Toyota Center, Houston, Texas. – AFP

“Ia permulaan yang hebat. Kami bermain dengan cemerlang,” kata Thompson, yang menjaringkan 11 mata dalam suku keempat.

“Kami tidak akan berehat. Kami masih belum mencatatkan prestasi yang kami inginkan. Kami masih mempunyai perjalanan yang jauh.”

Juara jaringan NBA James Harden memperoleh 41 mata untuk memimpin Rockets, yang menjadi tuan rumah kepada dua perlawanan esok.

“Kami perlu melakukan tugas yang lebih baik dalam jaringan dengan tidak melepaskan bola dan kembali ke petak D,” kata Harden.

“Kami perlu membuat mereka mengikut giliran dan menerima jaringan yang lebih sukar.

“Mereka melakukan kerja yang baik sekiranya anda membuat jaringan teruk atau memberi bola kepada lawan. Itulah kelebihan mereka Kesilapan berkenaan tidak boleh berlaku.”

Durant menjaringkan 17 mata pada separuh pertama dan Warriors bangkit selepas Rockets bermain agresif pada awal perlawanan, dengan menggunakan dua larian besar untuk mendahului di depan hanya untuk dipintas oleh Warriors pada pertengahan suku kedua. – AFP