Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Wartawan Al Jazeera mati ditembak tentera Israel

    JENIN, 11 MEI – Wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh ditembak mati oleh tentera Israel semalam ketika dia membuat liputan serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki, lapor seorang jurugambar AFP.

    Al Jazeera dan kementerian kesihatan Palestin mengesahkan kematian Shireen, 51, seorang tokoh terkemuka dalam perkhidmatan berita Arab saluran itu. Saluran televisyen Qatar itu berkata tentera Israel sengaja menembak Abu Aqleh ‘dengan kejam’ sementara Perdana Menteri Israel Naftali Bennett berkata ‘kemungkinan’ tembakan Palestin yang membunuhnya.

    Seorang lagi wartawan Al Jazeera, penerbit Ali al-Samudi, cedera dalam kejadian itu, tambah penyiar.

    Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian berkata Abu Aqleh sedang memakai jaket media apabila dia ditembak di kepala. Jurugambar melaporkan tentera Israel sedang melepaskan tembakan di kawasan itu dan ternampak Abu Aqleh terbaring di tanah. Tentera Israel mengesahkan bahawa ia telah menjalankan operasi awal semalam di kem pelarian Jenin, kubu kuat kumpulan bersenjata Palestin di utara Tebing Barat.

    Ia menambah bahawa terdapat berbalas tembakan antara suspek dan pasukan keselamatan dan ia sedang menyiasat kemungkinan ‘wartawan cedera akibat tembakan Palestin’.

    “Tentera sudah pastinya tidak menyasarkan wartawan,” beritahu pegawai tentera kepada AFP.

    Satu kenyataan daripada Al Jazeera berkata: “Dalam pembunuhan terang-terangan, mencabul undang-undang antarabangsa, tentera Israel membunuh wartawan Al Jazeera dengan kejam di Palestin.” – AFP

    Wartawan mengiringi mayat wartawan Al Jazeera Shireen Abu Aqleh, yang ditembak mati tentera Israel ketika membuat liputan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...