Wartawan AS ‘dimaafkan’ sebelum dihantar pulang

YANGON, 15 NOV – Wartawan Amerika Syarikat (AS), Danny Fenster ‘dimaafkan’ sebelum dihantar pulang dari Myanmar di mana dia dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan dan berdepan pertuduhan lanjut keganasan dan menghasut, kata junta hari ini.

Fenster diampunkan sebelum pembebasannya atas ‘dasar kemanusiaan’ susulan rundingan dengan bekas diplomat tertinggi AS, Bill Richardson dan dua orang utusan Jepun dengan junta tentera, menurut maklumat pasukan junta dalam satu kenyataan.

Gambar-gambar dikeluarkan oleh pasukan itu menunjukkan Fenster, diiringi dua orang pegawai tentera Myanmar, menandatangani sebuah dokumen di ibu negara, Naypyidaw, di mana dia kemudiannya menaiki sebuah pesawat meninggalkan negara itu.

Frontier Myanmar, mengesahkan Fenster meninggalkan Myanmar bersama Richardson (gambar-AFP) menaiki penerbangan ke Qatar dan memuatnaik gambar kedua-duanya sedang menaiki pesawat. –AFP

Gambar serahan oleh Richardson Center menunjukkan jurnalis AS, Danny Fenster (kiri) bergambar dengan Bill Richardson di tarmak di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyiday, Myanmar sebaik sahaja dibebaskan junta, 15 November. – AFP