Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Wartawan British dituduh campur tangan politik S’pura

    SINGAPURA, 8 SEPT – Singapura hari ini menuduh seorang wartawan veteran Britain campur tangan dalam politik domestik, mengeluarkan amaran kepadanya setelah dia secara terbuka menyokong sebuah media bebas tempatan.

    Sektor media Singapura didominasi oleh saluran pro-kerajaan dan pengkritik sering menuduh negara kota yang dikawal ketat mengekang kebebasan akhbar, mengatakan pihak berkuasa menggunakan taktik keras untuk membungkam perbezaan pendapat.

    Kementerian Komunikasi dan maklumat (MCI) berkata ia telah mengeluarkan amaran kepada Dominic Ziegler, Ketua Biro majalah Economist Singapura.

    Ziegler, warga Britain, mengambil bahagian dalam kempen iklan tanpa gaji untuk Jom, sebuah majalah digital mingguan yang dilancarkan tahun lalu yang melaporkan mengenai politik dan budaya tempatan.

    Dalam satu catatan yang diterbitkan bulan lalu oleh Jom, Ziegler berkata majalah itu ‘menyentuh kebenaran yang lebih mendalam tentang cara Singapura dijalankan dan tentang budaya yang berjalan melalui semua rakyat Singapura daripada yang awda akan dapati dalam akhbar yang disokong oleh negara’. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...