Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Wartawan ditahan Myanmar gesa Jepun tekan junta

    TOKYO, 28 NOV – Seorang wartawan Jepun yang dibebaskan dari penjara Myanmar dua minggu lalu, menggesa Tokyo memberi tekanan ke atas junta dan menerima pelarian yang melarikan diri dari negara itu.

    Toru Kubota dipenjara selama tiga bulan setengah selepas ditahan dekat perhimpunan antikerajaan di Yangon pada Julai lalu bersama dua warga Myanmar.

    Ribuan orang dipenjara sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

    Kubota, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana merakamkan protes antirampasan kuasa dan penjara tiga tahun tambahan kerana melanggar undang-undang imigresen Myanmar.

    Kubota yang dibebaskan pada 18 November lalu bersama ribuan banduan lain turut menggesa Jepun, yang sudah lama menjadi penderma dan pelabur utama, ‘untuk mengambil pendekatan proaktif terhadap pencabulan hak asasi manusia di Myanmar dan juga mengkritik Myanmar atas tindakan itu’.

    Menurutnya lagi, Jepun perlu ‘meneliti dengan tegas sama ada dana sedemikian diguna dan disalurkan kepada tentera atau pada dasarnya digunakan untuk membunuh orang’.

    Kubota juga menggesa Tokyo untuk menerima lebih ramai pelarian dari Myanmar.

    “Apa yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana melindungi mereka yang melarikan diri daripada pemerintahan autoritarian,” katanya. – AFP

    Toru Kubota semasa sidang media di Tokyo pada 28 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...