Wartawan ditembak mati lelaki bersenjata

PESHAWAR, PAKISTAN, 26 FEB – Seorang wartawan Pakistan di mana saudaranya adalah anggota kumpulan anti-Taliban telah ditembak mati, polis mengesahkan hari ini, serangan terbaharu yang menyasarkan media di kawasan bergolak di barat laut negara.

Javedullah Khan, 36, ditembak mati lewat semalam di Matta, bekas kubu militan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari barat laut lembah Swat, Pakistan.

Beliau bekerja sebagai ketua biro untuk akhbar bahasa Urdu Ausaf.

“Javed sedang berjalan bersama seorang pengawal polis apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada kenderaannya. Beliau mati di tempat kejadian,” beritahu pegawai kanan polis Muhammad Ijaz Khan kepada AFP.

Ali Muhammad, seorang pegawai polis tempatan, juga mengesahkan kejadian itu.

“Ia adalah serangan sasaran,” tambah Muhammad.

“Ramai saudaranya, termasuk abang, bapa saudara dan sepupu terbunuh disebabkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa keamanan anti-Taliban.” – AFP