Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Wartawan Fox News cedera di Ukraine

    NEW YORK, 15 MAC – Seorang wartawan untuk Fox News cedera dan dimasukkan ke hospital kelmarin ketika membuat liputan mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata rangkaian televisyen Amerika Syarikat (AS).

    Benjamin Hall, warga Britain yang membuat liputan di Jabatan Negara untuk Fox News, cedera semasa “mengumpul berita di luar Kyiv,” kata Fox News dalam satu kenyataan.

    “Kami mempunyai tahap butiran yang minimum sekarang, tetapi Ben dimasukkan ke hospital dan pasukan kami di lapangan sedang berusaha untuk mengumpulkan maklumat tambahan,” katanya.

    Irina Venediktova, ketua pendakwa raya Ukraine, berkata dalam catatan Facebook bahawa seorang wartawan Britain telah menerima kecederaan pada kedua-dua kaki.

    Dia tidak mengenal pasti wartawan itu tetapi menyiarkan gambar pas akhbar kongres AS milik seorang wartawan Fox News.

    Dalam satu kenyataan, Persatuan Wartawan Jabatan Negara berkata ia “menakutkan apabila mengetahui bahawa wartawan kami, Benjamin Hall telah cedera ketika dia membuat liputan mengenai perang Ukraine.”

    “Kami mengenali Ben kerana kemesraan, gurauan yang baik dan profesionalismenya yang tinggi,” katanya. “Kami mendoakan Ben cepat sembuh dan menyeru agar usaha terbaik untuk melindungi wartawan yang memberikan perkhidmatan yang tidak ternilai melalui liputan mereka di Ukraine.”

    Ahad lalu, seorang wartawan AS ditembak mati dan seorang lagi cedera di Irpin, pinggiran barisan hadapan Kyiv yang telah menyaksikan beberapa pertempuran paling sengit sejak Rusia menyerang Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...