Wartawan mati ditembak

VILLAHERMOSA, Mexico, 12 JUN – Seorang wartawan dibunuh semalam di tenggara Mexico, lapor bekas majikan dan saluran berita lain.

Norma Sarabia ialah wartawan untuk akhbar Tabasco HOY selama 15 tahun dan terbaharu ini bekerja untuk saluran media tempatan lain di negeri Tabasco, kata akhbar dalam laporannya mengenai kematian beliau.

Beliau diserang oleh dua lelaki bersenjata yang menunggang motosikal dan menembaknya beberapa kali di luar rumahnya di negeri Tabasco, lapor akhbar.

“Kami amat mengesali kematiannya dan kami bersimpati dengan keluarganya,” tulis

pengarah editorial Hector Tapia dalam Twitter. Sarabia ialah wartawan keenam yang terbunuh pada tahun ini di Mexico.

Mexico ialah salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, di mana lebih daripada 100 orang telah terbunuh sejak 2000, di tengah beberapa siri keganasan yang dikaitkan dengan penyeludupan dadah dan rasuah politik.

Kebanyakan pembunuhan berkenaan masih belum dikenakan hukuman.

Wartawan Tanpa Sempadan menyifatkan negara itu sebagai yang ketiga paling berbahaya di dunia untuk akhbar, selepas Afghanistan dan Syria. – AFP