Washington Post tambah lebih 1,000 kakitangan

WASHINGTON, 22 DIS – Akhbar The Washington Post mengumumkan rancangan semalam untuk menambah kakitangan bilik berita kepada lebih 1,000 orang di Eropah dan Asia untuk mewujudkan rangkaian global yang lebih besar.

Tindakan oleh Post, milik ketua eksekutif Amazon dan jutawan Jeff Bezos, diambil bertentangan dengan industri yang telah mengurangkan pekerja di tengah krisis ekonomi.

The Post, yang berkata pada 2018 ia mencatat keuntungan tetapi tidak mengeluarkan data kewangan, merancang mewujudkan hab berita di Eropah dan Asia untuk liputan berita 24 jam.

The Post berhasrat memastikan pembacanya di semua tempat boleh bergantung pada laporan berita penuh dan tepat pada masanya pada bila-bila masa, termasuk liputan pelbagai aspek semasa waktu kritikal pagi di Amerika Utara,” menurut kenyataan.

Akhbar itu telah berusaha menambah jumlah pelanggan digitalnya tatkala ia bersaing dengan New York Times, dengan kakitangan bilik berita berjumlah sekurang-kurangnya 1,700 dan fokus pada pembaca global.

The Post akan menubuhkan biro asing baharu di Sydney dan Bogota, membawa jumlah biro asing kepada 26, selepas menubuhkan operasi berpangkalan di Eropah yang menumpu pada liputan konflik global. Hab di London dan Seoul akan termasuk 19 wartawan dan editor. Pada keseluruhannya, akhbar itu akan menambah 44 wartawan untuk merangsang kakitangan bilik berita kepada 1,010, paling banyak, termasuk lapan untuk kumpulan teknologi peribadinya.

“Kami berasa teruja untuk berkembang secara dramatik,” kata Marty Baron, editor eksekutif The Post. Bezos, orang terkaya dunia, membeli akhbar itu pada 2013 dengan harga AS$250 juta. – AFP

Gambar fail menunjukkan bangunan ibu pejabat akhbar Washington Post di K Street di Washington DC. – AFP