Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Washington, Tokyo kukuhkan perikatan

    TOKYO, 29 Jun – Setiausaha Pertahanan AS James Mattis hari ini berjanji akan mengekalkan dan mengukuhkan perikatan keselamatan AS dengan Jepun ketika rundingan dengan Korea Utara dikhuatiri boleh melemahkan komitmen keselamatan Washington yang telah lama di rantau itu.

    Mattis berkata AS dan sekutu serantaunya akan mengekalkan ‘pendirian pertahanan mantap secara usaha sama,” terhadap Korea Utara dan Jepun akan terus menjadi ‘asas’ kestabilan serantau.

    Dalam rundingan dengan para pegawai Jepun, Mattis berusaha untuk menangani kebimbangan Tokyo bahawa kepentingan keselamatannya mungkin ditinggalkan dalam usaha Presiden AS Donald Trump untuk mencapai perjanjian penamatan program nuklear dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

    “Pada masa ini kami ditengah rundingan yang tidak pernah diadakan sebelum ini dengan Korea Utara, namun dalam masa dinamik ini, perikatan yang telah lama antara Jepun dan AS tetapi utuh,” Mattis menegaskan ketika rakan sejawatannya dari Jepun Itsunori Onodera berada di sebelahnya.

    Mattis (kiri) dan Itsunori berjabat tangan semasa mengadakan sidang media di Tokyo, kelmarin. – AFP

    “Wujud jaminan semula yang mutlak antara kami yang kami pertahankan,’ dia memberi jaminan. Sekutu-sekutu serantau terperangkap oleh pengumuman Trump yang tidak dijangkakan pada 12 Jun lalu untuk menangguhkan latihan tentera bersama antara AS dan Korea Selatan yang sebelum ini dilihlat sebagai langkah penting untuk mencegah ancaman Korea Utara.

    Ekoran sidang kemuncak bersejarah di Singapura antara Trump dan Kim, presiden AS berkata beliau mahu menghentikan latihan dengan menyifatkannya sebagai ‘mahal’ dan ‘provokatif’. Namun sekutu-sekutu AS tidak dimaklumkan lebih awal.

    Mattis berkata keputusan berkenaan diambil ‘untuk mewujudkan ruang bagi para diplomat kami untuk berunding dengan padu dan menambah prospek bagi penyelesaian aman di semenanjung.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda