Wasiat tanah kepada dua gajah

PATNA, INDIA, 11 JUN – Seorang pemilik tanah India telah mewariskan hampir keseluruhan tanahnya kepada dua ekor gajah yang dikatakannya telah menyelamatkan nyawanya daripada penjenayah bersenjata, satu keputusan yang telah menghampakan isteri dan anaknya.

Akhtar Imam, dari sebuah kampung di timur negeri Bihar, berkata dia mengubah wasiatnya dengan mewariskan tanah seluas 2.5 hektar kepada Moti (mutiara) dan Rani (ratu).

“Saya tidak mahu melihat Moti dan Rani saya dalam kesusahan, yang sudah dianggap seperti keluarga,” kata Imam, 50, memberitahu AFP ketika ia menyiram gajah-gajah itu.

“Saya tidak mahu gajah saya berdepan nasib sendirian atau gajah peliharaan ditinggalkan yang mati di jalan-jalan atau di tanah-tanah lapang akibat kurang dipeduli.”

Imam, yang mengendalikan badan amal hidupan liar, membesarkan Moti, berusia 20 dan Rani, berusia 15 dari sejak ia kecil daripada gajah besar domestik yang sudah mati.

Setiap gajah itu mempunyai dua kakitangan yang menjaganya siang dan malam, serta merayau-merayau bebas di kawasan hartanahnya.

Menurutnya lagi, rasa sayangnya terhadap kedua-dua gajah itu semakin bertambah setelah gajah-gajah tersebut menyelamatkannya daripada ‘penjenayah yang membawa senjata’ yang dikatakan cuba untuk membunuhnya lewat tahun lalu semasa dia sedang tidur.

“Apabila saya membuka pintu, saya melihat gajah-gajah itu menderum dan mengejar penjenayah berhampiran. Saya masih hidup ke hari ini kerana gajah-gajah saya yang bekerja seperti pengawal,” katanya. – AFP

Gambar bertarikh 9 Jun menunjukkan Akhtar Imam bersama salah seekor gajahnya di kampung Murgia Chai, di Janipur dekat Patna. – AFP