Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Waspada cabaran KL City

    KUALA LUMPUR, 21 OKT – Meskipun dianggap pasukan pilihan, namun ketua jurulatih Al Seeb, Rasheed Jaber mengakui pasukannya berdepan cabaran getir berdepan Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi final Piala Konfederasi Asia (AFC) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

    Justeru, beliau melaungkan amaran buat anak buahnya agar berhati-hati dengan The City Boys yang disifatkannya sebagai pasukan berkualiti yang dibarisi empat pemain hebat termasuk ketua pasukan Paolo Josue.

    “Saya menonton perlawanan separuh akhir, mereka (KL City) mempunyai barisan pemain yang bagus dan berkualiti serta mampu melakukan sesuatu dalam perlawanan,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini hari ini.

    Memandangkan ini adalah kali pertama Al Seeb mara ke final Piala AFC dalam kempen sulung mereka, Rasheed berkata pasukannya kini sudah bersedia dan berharap dapat menamatkan saingan dalam 90 minit perlawanan.

    Sementara itu, pemain tengah Al Seeb Daniel Ajibola mengakui tidak biasa beraksi di atas rumput padang seperti di Stadium Nasional dan masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi itu menjelang aksi malam esok.

    “Saya gembira berada di sini (final Piala Asia), seperti yang dikatakan oleh jurulatih, ia bukan perlawanan yang mudah untuk kami. Kami harap cuaca dan suasana yang hebat esok,” katanya.

    Al Seeb dan KL City memiliki misi sama untuk menjulang Piala AFC buat kali pertama dengan kedua-duanya bakal tampil buat julung kalinya di pentas akhir kejohanan itu. – Bernama

    Ketua Jurulatih Kelab Oman, Al Seeb, Rasheed Jabar Alyafai ketika siding media perlawanan akhir Piala AFC 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...